Showing posts with label mathematics education. Show all posts
Showing posts with label mathematics education. Show all posts

Wednesday, January 21, 2009

Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik amat penting. Ini kerana National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) telah mengenalpasti mengenai Prinsip Teknologi sebagai salah satu daripada enam prinsip kualiti pendidikan matematik. Teknologi merupakan alat yang penting amat diperlukan untuk proses pengajaran dan pembelajaran subjek matematik yang berkesan. Ia sekali gus akan membolehkan matapelajaran matematik dapat diajar dan dapat mengukuhkan lagi proses pembelajaran dalam kalangan pelajar.
Terdapat pelbagai alatan media pengajaran yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kalkulator, perisisan komputer dan alatan yang berteknologi yang lain juga dapat membantu dalam proses pengumpulan, merekod, menyusun dan menganalisis data. Teknologi juga boleh mengukuhkan dan menguatkan kuasa pengiraan dan lebih meyakinkan serta tepat dan menghasilkan lukisan, graf dan pengiraan yang dinamik. Dengan adanya peralatan sebegini, pelajar boleh melanjutkan dan meluaskan kualiti dalam mencari punca kepada sesuatu masalah matematik dengan lebih nyata.
Dalam pendidikan matematik, komputer melibatkan beberapa penggunaan aplikasi seperti hamparan elektronik, multimedia, internet dan Geometer's Sketchpad (GSP). Geometer's Sketchpad, contohnya, digunakan untuk mengajar topik geometri. Melaluinya, pelajar boleh meneroka pembelajaran matematik dengan lebih berkesan. Pelajar berminat untuk membuat penerokaan alam lain yang baru ditemuinya. Mereka akan memperolehi suasana pembelajaran yang baru dan maklumat serta informasi yang terkini. Di samping itu, juga dapat menggalakkan mereka belajar secara berkumpulan dan menyemai semangat belajar yang agresif serta lebih berfikiran kritikal.
Dalam konteks program matematik yang lebih jelas, teknologi meningkat dan berkembang dalam kedua-dua skop iaitu kandungan matematik dan juga susunan situasi masalah yang berkait dengan pencapaian pelajar. Alatan pengiraan yang canggih dan berkuasa, pembinaan atau pembuatan dan pembentangan secara visual dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mencapai kandungan matematik dan konsep matematik yang mungkin menjadi lebih kompleks kepada pelajar untuk diselidik. Dengan menggunakan alatan teknologi, boleh membantu dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih menarik dan memudahkan pencapaian pelajar melalui pelbagai hasil pembelajaran di peringkat tinggi seperti refleksi, pertimbangan, kedudukan masalah, penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
Dalam melaksanakan tugas pengajaran, guru harus berusaha untuk meningkatkan kebekesanannya. Pengajaran yang berkesan menghasilkan pembelajaran yang diharapkan. Pembelajaran yang baik berlaku apabila pelajar melibatkan diri. Dengan demikian, biasanya pelajar akan lebih mengingati sesuatu hasil daripada perbuatan atau pengalamannya sendiri. Di sinilah pentingnya peranan teknologi dalam pendidikan matematik hari ini. Penyertaan aktif oleh para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran membantu mereka belajar secara berkesan.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi lebih bermakna melalui penggunaan komputer atau peralatan berteknologi yang lain. Peralatan canggih ini bukan sahaja memudahkan penyampaian konsep matematik tetapi dapat membuktikan dengan jelas konjektur-konjektur yang timbul dalam tajuk-tajuk yang diajar. Teknologi amat diperlukan dalam proses mengimbangi program matematik. Guru perlu bersedia untuk dijadikan sebagai pembuat keputusan yang berilmu pengetahuan dalam menentukan bila dan bagaimana pelajar mereka boleh menggunakan peralatan teknologi tersebut dengan lebih berkesan.
Progam persediaan pembangunan profesion khas untuk bakal guru dan juga guru dalam perkhidmatan perlu untuk mempengaruhi perangai dan watak secara perlahan-lahan untuk mengkaji dengan sentiasa mengembangkan peralatan teknologi dan meluaskan kesan teknologi kepada pendidikan matematik. Untuk membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan, guru haruslah menyediakan atau memilih teknologi yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar. Di samping itu, teknologi juga haruslah selaras dengan aktiviti pembelajaran serta dapat mencapai objektif pengajaran.
Namum demikian, kekurangan perisian Program Berbantukan Komputer yang sesuai menghalang guru-guru daripada menggunakan komputer dalam pengajaran walaupun mereka menyedari akan kelebihan-kelebihannya. Guru-guru seharusnya diberi pendedahan dan latihan yang sesuai untuk membolehkan mereka memanfaatkan komputer yang dibekalkan ke sekolah-sekolah. Pihak sekolah juga perlu memikirkan cara-cara yang berkesan untuk menggalakkan guru-guru menggunakan komputer dalam pengajaran. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum matematik di sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap teknologi dari peringkat awal lagi.



pen-off

Tuesday, January 20, 2009

Teaching Mathematics In Secondary School

Teaching is actually two ways business. It cannot be just like talking, talking and talking for the whole period. Not only the teachers, supposedly students should get involved in this kind of business. Anybody agree with me?? Yes or No, it is depend on the person thinking. But in the real world of education, especially the world of Mathematics Education- teaching is exactly as a two-ways business.

Teacher as a role. Everybody put a very high expectation on teachers. We cannot deny with this situation because as a teacher, we need to bring up this responsibility. Be responsible to your profession. Two thousand money as starting is a lot. Did you mention about this? Did you fully work on it? Did you? So please. As a pre-teacher, we need to have some motivation on this thing. Be prepared. It is easy to teach badly; but it is not easy to teach well. So do think twice before you choose to become which category of a becoming in service teacher. Hopefully by 2010, we [AT 48] all together get our place in the world of Mathematics Education- form 6 or may be as one of the educators in Matriculation College.