Tuesday, December 2, 2008

Cinta Dalam Hati

Wajahmu...
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu mengapa sering terbayang di mataku
Sehingga terbawa di dalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta yang suci
Kau bunga ingin kusunting mu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya...
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Oh...
Kau pergi jua
Setelah cintaku kini membara
Belum sempat kucurahkah kasihku
Kau pergi tak kembali
Ingin kusunting mu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku
***
kita selalu melihat cinta yang jauh
kita alpa pada cinta yang hadir di hadapan mata kita
itulah yang dikatakan cinta itu buta....jangan buta kerana cinta
cinta adalah suatu perasaan
perasaan kasih, perasaan sayang
hadirlah kasih, hadirlah sayang

1 comment:

unwanted said...

cinta ada dalam hati. carilah ia di situ. kamu akan menjumpainya pada suatu masa. mungkin hari ini dan mungkin juga esok.