Nobody perfect
Langkah demi langkah diatur menuju ke suatu tempat yang belum pernah aku jejak. Riuh sudah kedengaran walau jarak masih memisahkan aku dan mereka. Jeritan dan laungan mereka sudah cukup buat hati aku kecut. Ya Allah, aku tidak pernah mengalami situasi sebegini. Tabahkan hati ku Ya Allah.
" Tengok ni, kita dapat cikgu baru! Salam cikgu ni. Cikgu ni garang tau jadi, jangan buat perangai."
Mereka datang dekati aku, tangan dihulur, mata mereka kelihatan sayu dan aku sendiri tidak dapat memahami apa yang tersirat dalam pandangan mereka. Tapi beberapa orang sahaja yang datang untuk bersalam dengan aku. kebanyakkan yang lain seperti tercengang-cengang mungkin tidak biasa melihat kehadiran aku di situ.
Tidak sampai 10 minit aku di situ, sudah berlaku pelbagai kejadian di situ. Pengawalan kelas memang tahap kritikal. Handphone ku(cikgu) handphone mu(murid) jua. Surat khabar melayang. Yang aktif, sangat2 la aktif manakala yang pasif, hanya memandang statik di tempat mereka. Seperti mereka tiada di situ. Hanya pandangan kosong.
Mereka di bahagikan mengikut kumpulan-kumpulan kecil dan aku, biasa la kan "cikgu" baru lagi istimewa yang diimport khas untuk hari itu sahaja (tapi kalau ada peluang, aku dengan hati yang terbuka akan join that group) aku ditempatkan untuk menjaga kumpulan A yang dianggapkan paling baik la dalam kalangan mereka. Berada di situ, kita dapat merasakan sesuatu yang sukar untuk ceritakan. Sayu, sedih, pilu semua bercampur. Dan kadang-kadang tu, takut pun ada. Agresif ok!
Sejak mula mendekati mereka hati ini bagai disentuh sesuatu. aku tersenyum sendiri melihat telatah mereka. Aiman Asyraf, sangat istimewa di mata cikgu. "Aiman, cikgu sayang Aiman, Aiman perlu tabah. Aiman boleh. Aiman hanya kekurangan itu dan itu bukanlah alasan untuk Aiman putus asa. Aiman boleh belajar sayang.."
Aku tersentuh dengan Aiman yang merupakan seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun tetapi tidak mampu mengeluarkan kata-kata yang jelas. Memiliki minda yang agak lemah tetapi masih boleh diasah. Walaupun baru aku di situ. Kanak-kanak di situ seakan mahu mendekati aku dan mereka lebih hormatkan aku berbanding guru-guru mereka yang lain Mungkin mereka selalu kena marah dgn yang lain dan aku, belum pernah memarahi mereka ;)
Mereka seakan-akan sedang menarik perhatian aku. Mereka seperti mahukan belaian bukan jeritan guru-guru yang bingit. Tapi kita tidak boleh salahkan guru 100% kerana bukan senang untuk menjaga 20 org kanak-kanak ini yang bermacam-macam ragam.
actually this is not a good task
Aiman dgn ketua kelas
teach them with personal touch