Aku kurang pasti. Aku pun tidak tahu sama ada betul atau salah.
Aku secara peribadi kalau seboleh-boleh mahu jaga hati setiap orang. Yang aku kenal, yang tidak kenal mahupun yang tidak mahu mengenali aku. Apatah lagi hati ibu bapa atau darah daging sendiri.
Dalam kepala otak akal dangkal, skeleton kepala keras menulang ini, aku sering fikir senang sebenarnya nak jaga hati orang. Orang ramai sekeliling kita. Tidak kisah sama ada ko ikhlas mahu jaga hati atau tidak, sekurang-kurangnya kau tahu jaga.
Dari kamu kecil, congak sendiri berapa umur. Kalau rahsia, tidak mengapa. Congak senyap-senyap umur kamu. Berapa banyak kali kamu cuba jaga hati orang disekeliling. Atau senang dan mudah kisah, jaga hati manusia-homosapien-makhluk Tuhan-khalifah muka bumi.
Susah kan?Mana ada orang kira atau congak bilangan mereka menjaga hati orang lain. Siapa suruh kamu congak? Kan sudah terkena.
Mungkin. Mungkin daripada kecil sehingga dewasa. Kamu jaga hati ibu bapa, kawan-kawan, adik-beradik, cikgu, sesiapa sahaja. Tapi atas dasar apa? Atas tatacara adab atau mungkin ethics yang kamu belajar?
Mana aku tahu? Aku cuma cetuskan supaya kamu terfikir.
Aku cuma tahu diri sendiri. Aku belajar adab dan tatacara. Adab orang melayu. Adab agama. Bagi aku adab yang bezakan kita dengan makhluk Tuhan yang lain. Adab yang juga mendefinisikan akhlak. Aku rasa. Aku rasa sahaja. Jangan kata aku yang buat definisi itu. Sebab lain orang, lain ajaran adabnya. Ada yang lebih dan ada juga yang terkurang adabnya.
Susah. Siapa kata senang jaga hati orang lain. Sebab kalau kamu seorang sahaja jaga hati orang, kadang-kadang orang lain mana pernah mahu ambil tahu isi hati kamu? Kan buang masa? Buang keringat, buang tabiat, buang air. Tapi buang air wajib. Kalau tahan merbahaya. Boleh menyusahkan orang awam dengan bau yang diperam lama.
Aku lepaskan bab jaga hati dengan ibu bapa. Sebab bagi aku itu wajib. Atas dasar hormat. Atas dasar respect.
Tapi jaga hati rakan-rakan. Bukan senang. Kalau kawan beribu. Macam mana? Ada seribu isi hati?Kamu yakin mampu jaga semua? Aku kalau bagi seratus pun belum tentu aku mampu nak tolong jaga. Tapi aku boleh cuba. Sekurang-kurangnya aku cuba.
Bagi aku, biar orang tidak jaga hati kita, tapi sekurang-kurangnya kita buat tugas kita. Biar sekurang-kurangnya kita rasa lega. Kita buat apa yang kita rasa betul. Kan?
Kalau tak betul pun sila jaga hati aku. Ok?
Jadi, apa lagi.
Kalau aku jumpa you all, bisa belanja aku minum teh o ais limau segelas-dua, rojak buah tanpa belacan sepolistrin-dua?
Boleh?
Tak nak jaga hati aku ke?
*mata bersinar-sinar and besow gilows like Ija’s wonderful bright eyes*
Important Note: tak de pape yg important pon. tiada pekerjaan tetap untuk dikhidmatkan buat masa kini...adusss laaaa....bowink seh...kopi dan terus mengopi...sbb die besh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment